Monday, May 28, 2012

~ Pregnant Kali Ke-3 ~

Alhamdulillah..dapat gak jenguk blog yang dah lama terbengkalai ni...bukan nye sengajer tapi ade beberapa masalah yg x dapat dielakkan...ecebahhh...cam bagus je bunyi nye kan?? actually, pertama sekali lappy aku buat hal..umur pon dah 8tahun kan..dah baye si Yaya dah...kengkadang bila on, ok je plak..kengkadang bile on, hapah satu mende pon x nampak...tuannya pulak lom ade budget nak tab ker..Ipad ker...so, itu yang buatkan lama x jenguk blog ni...

tapi agaknye adik no.2 aku ni kesian dengar lappy akak dia yg nazak ni + dia x kasi ape2 present tuk besdey kakak dia ni kan..dan setelah diusya kakaknye ni..dia rela menjualkan lappy kesayangan dia...tu pun aku bayor installment...hahahaha....dia pon lom bg lg lappy tu...byk kerja2 pemindahan yg dia nk kena buat..tapi kakaknye x kisah...

Dannnnnnnnnnn...yang paling membuatkan aku xd selera nak bergedix-gedix di blog ialah disebabkan 'saya dah mengandung anak no.3!!'....Alhamdulillah, rezeki dari Allah swt...saya n hubby sangat2 happy....so, seperti kakak n abgnya..kenalah melalui frasa morning sickness...cuma Alhamdulillah, kali ni saya agak bersedia sket. Minggu pertama lewat period, saye dah ngengade beli urine test..kih kih kih...tapi disebabkan biasenye dua2 anak yg lepas saye hanye test pada minggu ke-2 saye lambat datang period, so saye takdelah mengharap sangat....Alhamdulillah..selepas lewat 2 minggu, saye test skali lagi & hasilnya positive..dan tanpa berlengah-lengah, morning sickness terus datang menerjah...Hope saye cepat sihat dari simptom morning sickness ni.. saye lebih cergas (skang saye cepat sangat rase penat bile buat kerja or berjalan). Seawal dapat tau saye preggy, saye dah mulakan amik suppliments Spirulina & Dr. Xenegy.

So, tq pada kengkawan n sedara mara yang selalu usik n mendoakan agar saya mengandung cepat2, skang doa kalian dah dimakbulkan...saye harap kalian dapat doakan saye dan baby dapat melalui tempoh 9bulan ni dengan happy, sentiase sihat & cergas..dan semoga selamat semuanya..amin ya rabbal 'alamin....

Tuesday, May 8, 2012

Apple iPod nano 6th Generation Red Special Edition

Saje nak share..mr.hubby hadiahkan Apple iPod ni sempena birthday ke 35...ya! saye dah makin tue..

Gambar: ehsan dr google sbb malas nak snap pic..lappy tgh sakit tenat

* yang best nye kat belakang iPod ni ade tulis 'You Make Me Happy'...tq bi...muahhh...tahun depan nak lagi adik badik Apple ek..hehe..Meh kite cite sket pasal Ipod ni..


One-tap wonders.

Multi-Touch and music. Smart ways to stay fit. Clock faces.
A built-in FM radio. Everything about iPod nano is a huge hit.


Your greatest hits. And taps. And swipes.

The best things in life have a soundtrack, and that’s where iPod nano shines. The easy-to-use Multi-Touch display gives you total control of your music experience. Tap to play, or tap Music to browse your collection by songs, albums, artists, playlists, genres or composers. You can even customise your Home screens so your music is organised just how you like.

Clip on some tunes.

With the built-in clip, you can walk, run, ride or dance with your favourite songs on your sleeve (or pocket, jacket or bag). The album art of the song you’re listening to fits perfectly on the display.


Shake it up.

Add a little spontaneity to your listening pleasure. Give iPod nano a shake and it shuffles to a different song in your music library. Shake to Shuffle is perfect for when you’re not in any particular music mood. You never know what you’re going to hear, and you’ll always be pleasantly surprised.


Play all day. And all night.

The built-in rechargeable lithium-ion battery gives you up to 24 hours of nonstop music.* So when you clip on an 8GB or 16GB iPod nano, you’ll have plenty of tunes to make it through your commute, your workout and beyond.

Track your walk. Or your run.

The built-in accelerometer in iPod nano gives you real-time feedback on your workout, and you can upload data to the Nike+ website. There’s no need to connect a receiver or use a shoe sensor to track your steps, distance, pace and time. Just clip on iPod nano and go. In the gym, connect iPod nano to a Nike + iPod compatible cardio machine to keep track of every workout. Back at your computer, upload all your data to the Nike+ website to create personal goals, check your progress and challenge your friends to top your results. 

Your own personal DJ.

Say you’re listening to a song you love and you want to stay in the groove. Just tap Genius. It finds other songs on your iPod nano that go well together and makes a Genius playlist for you. For more song combinations you wouldn’t have thought of yourself, create Genius Mixes in iTunes and sync the ones you like to your iPod nano. Then tap the Genius Mixes icon and rediscover songs you haven’t heard in a while — or find music you forgot you even had.

Made for motion.

The iPod nano design actually helps keep you fit. It’s portable and wearable, which makes it runnable, walkable and workoutable. Clip it on and control your music with just a tap or swipe of a finger, so you can stay focused without fumbling around. For your run, walk or trip to the gym, a little iPod nano goes a long way.

It’s all in the wrist.

Do you wear your iPod nano on a watchband? With 18 different clock face designs to choose from, you can have a new watch style whenever the mood strikes you. Sport an analogue face for a formal event, go digital for a retro feel or choose a whimsical, animated character like Mickey Mouse or Kermit the Frog. There are also colour options so you can match the colour of your iPod nano. iPod nano watchbands are available in a range of styles and colours from the Apple Online Store.
* etc bley jenguk kat Apple website ok..

Sunday, May 6, 2012

DIY Bunga Tisu

Nak tunjuk sket percubaan membuat bunga tisu...Actually, bahan2 ni aku campur aduk...meh kita tengok sat


Ok...Bunga yang depan skali ni aku buat dari crepe paper yg jenis kasar n agak tebal..naik pedih gak jari jemari montel ni duk membukak selai demi selai. Beli kat Nilai 3 (kedai Perkahwinan terbesar LIA)..harga dia tulis kat situ rm9.80 segulung..tapi time byr dia bagi RM4.00 segulung..gambar dah amik tapi x leh upload ke photobucket plak..next time ye B2B..hehe

Yang sebelah kiri tu aku guna tisu murah je..tisu yang selalu ade kat majlis2 perkahwinan or kenduri kendarat..tengok pic kat bawah ni...harga RM1.70..guna 2 kpg tisu, bahagikan tuk menjadi 8 keping semuanya...setiap bunga aku guna 8 keping jer..


Yang belakang kaler pink & maroon tu aku beli kat POPULAR...harga RM0.50 (kecil) & RM0.80(besar)..setakat ni if guna crepe paper yang size kecil..dapatlah 4 kuntum bunga...tangan pon x sakit pintal TAPII...material ni macam makin lama aku nampak lembik le plak..x macam crepe paper yg keras tadi..bunga dia memang steady jek...

Bila Al Quran Hanya Sebagai Hantaran Perkahwinan

Assalammualaikum semua bloggers & B2B kat luar sane..

Rindu sangat2 kat belog ni sebab dah lama x jengah..mmg banyak sgt keje sekarang..baru sat ni saje2 blogwalking then tetiba jumpa topik kat atas tu..mmg kami ade bincang adik-beradik pasal nak bagi Al-Quran as hantaran wedding my sis nanti..tapi si angah kata baik x payah..sebab dah le hantaran tu kadang2 letak kat atas lantai, so macam x elok lah..So, bila bace pasal 'Al-Quran sebagai Hantaran' ni..mmg tergelak kecil..so meh kita share sama2...harap jadikan panduan...

Sebuah cerita yang ingin sekali saya kongsikan dan sebarkan kepada mereka, terutama bakal pengantin agar nanti 'cerah' masa depan. 

Bila Al Quran Hanya Sebagai Hantaran Perkahwinan
“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...


“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.


Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al Quran yang bakal dijadikan hantaran.


“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.


“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.


"Oh, kami cari Al Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.


“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar Rahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.


Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.


Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.


“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.


Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.


“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Sa’ad.


“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.


“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Sa’ad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Sa’ad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.


Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.


“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar Ra’d” kata Ustaz Sa’ad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad.


“Apa benda nih ” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.


“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al Qurannya.


Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.


“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al Quran. Beli Al Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian Ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.(sumber busuk.org)

Tuesday, April 17, 2012

DIY bunga tisu tuk Mini Dais 2

Tuk mini dais ni,. diorg gunakan bunga tisu. So, kat sini aku tepek tutorial ringkas camne nk buat bunga tisu ni...

macam senang kan??? nantikan hasil kerastangan dari aku nye version plak..kih kih...dua2 pics ni diambil kat internet...bukan hasil dr aku tau...credit to them..

Monday, April 16, 2012

DIY tuk Idea Mini Dais 1



Yeay..akhirnya berjaya gak search DIY nak buat Pinwheel kat mini dais ni...So, jom kite layan tutorial ni:

Bahan2:
~ kertas warna. Warna & size kertas ikut tema korang lah
~ gunting
~ double sided tape
~ hot glue gun and sticks

Cara2nye:

1) Korang lipat kertas tu cam accordian or kite nak buat kipas kertas tu

if kertas tu pjg sgt, korang leh potong dua, so hasilnye bunga akan lebey kecik

3) kat hujung lipatan tu lekatkan double sided tape..tuk lebih kukuh..letak hot glue kat tas double sided tape tu...

4) tadaaaaa....dah jadi kan? nak lg cantik..hujung tu korang leh gunting tuk buat corak sket

cantik gak bile ditebuk lubang..make suke tebuk lubang mase lipat2 tu ek..bila korang dah kembangkan & jadi bunga...jenuh le korang nak tebuk lubang satu2

SENANG-SIMPLE-SAVE..yg penting CANTIK!!

Idea Mini Dais

Alhamdulillah..lepas dapat kata putus baju ape yang my sis nak pakai..rase cam lega sket..dah boleh proceed tuk mende lain...ok, disebabkan aku tengah kerja skang ni (ni tgh curik tulang tau!)...kat sini aku tepekkan idea tuk mini dais nanti..yang mana we all adik badik plan tuk DIY (nak cut budget). Lagipun buat pe nak abiskan kat bertunang kan?? lain le kite ni rich2..hehehe...sebabnye diorang plan tuk nikah tahun depan. Lagi bagus simpan duit tuk majlis yang lebih besar...ok..kite layan gambar2 kat sini yang aku ceduk dari hasil meng'follw' blog adik2 ex-bride & hasil search kat google...


1) actually aku mmg follow blog kira ni..x sangka bila adik aku bg email cth mini dais yg dia nak..adalah dais nikah kira...mmg cantik and aku pun suka

2) Pertama kali tengok dais ni trus jatuh cinta sebab idea baru yang nampak fresh, mude belia (aku pening tgk kerawang2), sweet & cute (ntah ape2 kan komen aku)..paling penting bola2 berjurai tu..sgt2 sukker

3) Suke sebab sweet combination colour ni..bleh nak DIY tapi panel putih yg tgh2 tu camne nak buat ek? ade sesape leh bg idea??


4) simple n cute...again, suke kat idea pormander ball tu..nak DIY pun senang